Lihat anak-anak remaja yang membesar… menikmati saat-saat
remaja diorg…
Lihat pulak yaya membesar… dulu tapak tangan dia haluss
muluss… nak pegang pun takut2… leher pun tak kuat… lihat skrg… panjang dia dah
seganda dari masa lahir dulu (dh kalau tak makin panjang ko pun melalak)… ok, tgk dorg semua sbnrnya sangat menakutkan…
Aku pernah jadi remaja… (skrg feeling remaja je).. aku penah
jd pemberontak jugak.. memberontak dengan dunia sendiri… aku tak tau salah sapa
aku jadi macam tu… takkan nak salahkan keluarga aku pulakkan… tp nak salahkan
kawan2 pun aku tak tgamak… aku rasa masa aku remaja dulu aku yang banyak
pengaruh diorg berbanding aku yang dipengaruhi… hahaha.. macam gempak…
Penah sorg kwn jauhkan diri dari aku… dengan alasan mak dia halang
anak dia kwn dgn aku sbb aku jahat (nakal) untuk remaja-remaja seusia. Jahat2
aku pun tahap2 camtu je lah… aku tak penah merokok atau berzina.
Dunia remaja aku yang aku ingat… xde komputer… takde henpon…
xde gajet…
Tp aku ada moto… ronda keliling kampong tiap kali lepas
habis kelas tambahan sampai minyak moto mak abis… lepak kat public phone mcm
minah gangster…
Ok semua tu memang best bila ko menjadi remaja… sebab masatu
ko jdi budak baru nak up… ko dah mula utamakan kawan-kawan dan lepak-lepak
berbanding dengan masa dengan keluarga… masa ni kalau keluarga sendiri lepaskan
anak-anak… huh memang makin jauh la jadinya…
Sebab tu bila tgk yaya makin membesar aku jadi takut… ok dia
baru setahun tp aku dh nak kecoh. Tp aku pun pecaya apa yang dia jadi 10 thn
lagi bergantung jugak dgn apa dia dia tengok dan perati dr skrg ni…
Aku mengimpikan dia blh jadi hafizah atau sekurang-kurangnya
hafal surah2 lazim sebelum dia start masuk sekolah. Tp dh kalau ko hari2 play
lagu frozen kat tv ko ingat blh ke dia jadi hafizah tu… ye part tu aku lemah…
aku nak dia jadi cenggitu aku nak dia jadi cenggini tp aku tak mampu nak bimbing
dia betul2… part tu sangat menyedihkan kot…
Istiqamah aku cuma kuat pada hati… tp dalam perbuatan aku
masih gagal kawal diri sendiri… mcm mana aku nak jadi ibu yang baik kalau
maghrib aku menggedik tgk TV3 atau pun layan korean drama… apesal la aku macam
ni…